Wanita..Syurga atau Neraka

Khas untuk muslimah2 USIM yang disayangi..


Wanita..
Mekarmu hanya sedetik
Membahagiakan atau derita..
Menceriakan atau gerhana..
Sinar seri wajahmu bukan pameran,
Boleh ditatap oleh mata-mata,
Tak mengenal dosa, adab, dan susila,
Bicara katamu bukan gemersik lagu.

Gerak tari langkahmu bukan gemalai
Alun manjamu terpingit pelihara,
Hadiah istimewa buat suami tercinta,
Hanya selepas ijabkabul diucap kata.


INFO BERSAMA

  • Haiwan yang paling bahaya di muka bumi ini adalah lalat rumah kerana kegemarannya hinggap pada najis dan menyebarkan penyakit berbahaya kepada manusia dan haiwan lain.
  • Sel otak mempunyai jangka hayat paling panjang, ia hidup selagi tubuh manusia masih bernafas.
  • Apabila kamu mengecam muka seseorang, kamu sedang menggunakan otak sebelah kanan
  • Pada retina mata, terdapat lebih 100 juta sel yang cukup sensitif terhadap cahaya.
  • Jika 80 peratus hati manusia dipindahkan, bahagian yang tinggal masih boleh berfungsi, malahan ia akan membesar ke saiz asal dalam tempoh tertentu

Mencari kebahagiaan hati


Penyakit kronik yang tidak ada doktor atau pakar perubatan tradisional yang dapat menyembuhkan. Ia bukan penyakit yang disebabkan oleh virus, bukan juga sejenis kanser yang memerlukan rawatan rapi bagi menyembuhkannya. Penyakit yang kronik ini dikenali sebagai PENYAKIT HATI, ia juga memerlukan rawatan untuk menyembuhkannya. Cuma bezanya, merawat penyakit hati ini tidak menggunakan ubat-ubatan yang dicipta oleh para saintis. Tidak ada kapsul atau pil yang dapat menyembuhkan penyakit hati ini. Ubat yang paling baik dan mujarab untuk menyembuhkan penyakit hati ini adalah AL-QURAN. Penyakit hati adalah satu kebodohan dan penyembuhnya adalah ilmu yang terdapat di dalam AL-QURAN. KALAMULLAH ini juga menghubungkan  antara hamba yang dhaif dengan AL-KHALIQ. Hanya ibadat, doa dan Al-Quran dapat membentuk peribadi dan 'pengikat' antara kita sebagai hamba dan Allah. Sebuah kalamullah yang suci adalah merupakan anugerah dan kurniaan yang amat bernilai di sisi insan yang dhaif.



Bahagiakan HATIMU

11:11 PM by Asmawati Aziz Munir 0 comments

"Ya Allah, dengan ilmu-Mu yang bila Engkau ketahui bahawa kehidupan lebih baik bagiku. Dan matikanlah aku jika kematian lebih baik bagiku. Aku meminta-Mu supaya jadikan aku selalu takut pada-Mu sama ada ketika aku bersendirian ataupub ketika dalam keramaian. Aku memohon-Mu ucapan yang benar sama ada ketika marah atau tidak. Aku meminta-Mu agar aku dapat berhemah ketika aku kaya atau miskin. Ya Allah, anugerahkanlah kenikmatan yang tiada henti, biji mata yang tiada terputus, dan keredhaan setelah ketetapan. Ya Allah berilah aku kehidupan yang damai setelah mati, kelazatan apabila memandang wajah-Mu, dan kerinduan berjumpa dengan-Mu bukan dalam kesempitan yang membinasakan, dan fitnah yang menyesatkan. Ya Allah, hiasilah aku dengan hiasan iman dan jadikanlah kami sebagai pemberi petunjuk yang mendapatkan petunjuk."