Mencari kebahagiaan hati

Wednesday, February 24, 2010 11:28 PM by Asmawati Aziz Munir

Penyakit kronik yang tidak ada doktor atau pakar perubatan tradisional yang dapat menyembuhkan. Ia bukan penyakit yang disebabkan oleh virus, bukan juga sejenis kanser yang memerlukan rawatan rapi bagi menyembuhkannya. Penyakit yang kronik ini dikenali sebagai PENYAKIT HATI, ia juga memerlukan rawatan untuk menyembuhkannya. Cuma bezanya, merawat penyakit hati ini tidak menggunakan ubat-ubatan yang dicipta oleh para saintis. Tidak ada kapsul atau pil yang dapat menyembuhkan penyakit hati ini. Ubat yang paling baik dan mujarab untuk menyembuhkan penyakit hati ini adalah AL-QURAN. Penyakit hati adalah satu kebodohan dan penyembuhnya adalah ilmu yang terdapat di dalam AL-QURAN. KALAMULLAH ini juga menghubungkan  antara hamba yang dhaif dengan AL-KHALIQ. Hanya ibadat, doa dan Al-Quran dapat membentuk peribadi dan 'pengikat' antara kita sebagai hamba dan Allah. Sebuah kalamullah yang suci adalah merupakan anugerah dan kurniaan yang amat bernilai di sisi insan yang dhaif.




"Sesungguhnya antara kebahagiaan anak Adam adalah meminta petunjuk daripada Allah dan redha terhadap ketetapan Allah. Sesungguhnya kesengsaraan anak Adam adalah apabila meninggalkan istikharah dan membenci ketetapan Allah."

1 Response to "Mencari kebahagiaan hati"

  1. M.SYAMSUL ANAM BIN QAMARUL HUDA Says:

    marilah kita bersama-sama memperbanyakkn membaca al-quran spy kita sntiasa dlm keadaan tenng dn dapat mencri kbhgian hati ..

Post a Comment