Allah selamatkan saya ketika derita..

Salam persaudaraan buat semua=)
Cerpen ini saya merupakan pengalaman seseorang yang saya ambil dari I LUV ISLAM, sengaja saya kongsikan bersama kalian semua untuk kita jadikan tauladan sepanjang hidup kita. Sesungguhnya Allah sangat-sangat sayangkan kita. Wallahua'lam..


Allah selamatkan saya ketika derita

Duit RM1.00 di telapak tangan, saya genggam kemas. Untuk membeli minuman pun belum tentu lepas. Kebetulan malam itu saya sangat-sangat lapar. Lalu tanpa hala tuju yang jelas, saya singgah sebentar di sebuah surau berdekatan rumah sewa untuk menunaikan solat isyak.


Tahun itu 1998, ketika saya masih bujang. "Apalah yang boleh dibuat dengan duit ini...?" kata hati, sambil tangan terus memasukkan wang itu tadi ke tabung surau. Ya, lebih baik bersedekah dan belajarlah bersabar menahan sengsara.
Cuba-cubalah selami, orang yang tak punya harta, kata naluri kecil. Bayangkanlah perasaan bila menatap wajah si kecil yang sentiasa menanti kepulangan ayah bonda dengan buah tangan, aneka kuih, lauk pauk atau alas perut yang sebenarnya tidak pernah kunjung tiba dan hanya mimpi semata-mata.

Adakah kalian tahu?=)

2:57 PM by Asmawati Aziz Munir 0 comments

Salam ukhuwah buat semua=)
Jin juga makan makan dan minum..
Rasulullah bersabda: "Utusan jin pernah datang kepadaku. Mereka terdiri dari dua kelompok. Alangkah baiknya jin itu. Kemudian mereka meminta bekal kapadaku. Aku pun berdoa kepada Allah bahawa, tidaklah mereka mendapati tulanh dan kotoran binatang melainkan ia adalah mereka." (Riwayat al-Bukhari no.3571)
Setiap tulang yang disebut nama Allah ke atasnya sembelih, maka ia merupakan makanan jin yang beriman. Oleh sebab itu, Rasulullah SAW tidak membenarkan meninggalkan tulang tanpa bacaan basmalah (dengan nama Allah), sebab tulang yang tidak dibacakan basmalah ke atasnya akan menjadi makanan jin kafir.

Makanan Syaitan
Syaitan akan menyertai orang yang makan dan minum tanpa dimulai dengan bismillah atau doa. Allah SWT memerintahkan agar memohon perlindungan kepada-Nya agar tidak diganggu olah syaitan sebagaimana firman-Nya yang bermaksud: "Dan jika engkau dihasut oleh seeuatu hasutan daripada syaitan, maka mintalah perlindungan kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mendengar dan Maha Mengetahui. Sesungguhnya orang yang bertaqwa, apabila mereka disentuh oleh sesuatu imbasan hasutan syaitan, mereka ingat (kepada ajran Allah), maka dengan itu mereka nampak (jalan yang benar)." (Surah al-A'raf 7:200).

Kenapa malu?

Salam kasih sayang buat semua pejuang-pejuang muda..
Apabila saya termenung, kadangkala saya terfikir, mengapa malu? Mengapa malu untuk bertanya? Mengapa malu untuk menuntut ilmu? Virus ini menjadi penyakit kepada pelajar-pelajar kita pada hari ini, khususnya pelajar berbangsa Melayu, waima di IPT juga masih malu dan segan untuk bertanya tentang kemusykilan sesuatu perkara. Kadangkala saya juga malu untuk bertanya sesuatu, tetapi jika kita tidak bertanya, sampai bila kita hendak berada ditakuk yang lama? Bila pula kita hendak mendapatkan maklumat yang sahih?


Maksud Hadith :

Daripada Abi Waaqid Allaithy R.A, sesungguhnya Rasulullah SAW ketika mana Baginda sedang duduk di dalam masjid bersama-sama dengan kumpulan manusia (para sahabatnya dalam majlis ilmu) , tiba-tiba datang tiga orang, lalu dua orang terus menyertai majlis Rasulullah SAW dan seorang lagi pergi begitu sahaja(tanpa menyertai).Lalu kedua-dua orang itu berdiri (dekat halaqah), maka salah seorang daripada kedua itu melihat ada ruang kosong di dalam halaqah ilmu tersebut lalu dia duduk di situ, manakala yang keduanya hanya duduk jauh di belakang mereka dan manakala yang ketiga pula terus memalingkan punggung dan beredar pergi.

Indahnya kejadian wanita=)

5:53 PM by Asmawati Aziz Munir 0 comments


Ketika umur saya 10 tahun, pernah saya terucap, "susahlah jadi perempuan ni, kena pakai tudunglah, itulah, inilah..", emak pula terdengar, emak cakap saya cantik pakai tudung, terpujuk pula hati mendengar pujian emak. Apabila meningkat remaja, saya tahu tentang kewajipan menutup aurat, saya teringat apa yang pernah emak cakapkan pada saya, itulah sebabnya emak menyuruh saya mengikut apa yang telah diperintahkan oleh Allah. Semakin hari, umur saya semakin meningkat, pengetahuan saya juga semakin bertambah, disebalik kewajipan itu, tersingkap juga keistimewaan wanita, yang selama ini saya kurang mengetahuinya, dan pada saat ini, saya amat bersyukur kerana telah diciptakan sebagai wanita.


Jangan tangguhkan kerja=)

3:26 PM by Asmawati Aziz Munir 0 comments
Salam mahabbah buat semua=)
Semalam saya hingga hendak termuntah menyiapkan segala assignment, apa tidaknya saya kumpul semua assignment, dan saya buat dalam masa sehari, itulah padahnya menangguhkan kerja. Sebelum ini saya tidaklah terlalu 'siput' untuk menyelesaikan segala tugasan, tetapi saya sendiri tidak tahu apa yang terjadi kepada saya semester ini. Insya Allah saya tidak akan ulangi lagi, itu tekad saya. Malam tadi saya ada membaca helaian muka surat dalam majalah solusi yang bertajuk 'Bagaimana menangani kerja bertangguh'. Saya ingin kongsikan ilmu ini kepada anda semua, supaya tidak berlaku kejadian seperti saya=)