Jangan tangguhkan kerja=)

Saturday, March 27, 2010 3:26 PM by Asmawati Aziz Munir
Salam mahabbah buat semua=)
Semalam saya hingga hendak termuntah menyiapkan segala assignment, apa tidaknya saya kumpul semua assignment, dan saya buat dalam masa sehari, itulah padahnya menangguhkan kerja. Sebelum ini saya tidaklah terlalu 'siput' untuk menyelesaikan segala tugasan, tetapi saya sendiri tidak tahu apa yang terjadi kepada saya semester ini. Insya Allah saya tidak akan ulangi lagi, itu tekad saya. Malam tadi saya ada membaca helaian muka surat dalam majalah solusi yang bertajuk 'Bagaimana menangani kerja bertangguh'. Saya ingin kongsikan ilmu ini kepada anda semua, supaya tidak berlaku kejadian seperti saya=)




Bagaimana menangani kerja bertangguh?
  • Mulakan sekarang juga
  • Selesaikan kerja yang datang terdahulu
  • Selesaikan kerja yang ringkas dan pendek dahulu, kerja yang panjang dan rumit, pecahkan kepada beberapa bahagiansupaya mudah dilaksanakan. Mulakan dengan bahagian pertama, kemudian teruskan buat bahagian seterusnya tanpa jemu hingga selesai.
  • Manfaatkan masa yang pendek
  • Buat kerja dengan yakin > Anda sebenarnya memang mamapu melakukan sesuatu kerja, jika tidak, orang tidak akan memberi kerja itu kepada anda
  • Leraikan halangan satu persatu, menyelesaikan dan memulakan kerja semudah membuka kulit pisang:
  1. Patahkan tunggul tungkainya
  2. Kopek bahagian kulit yang pertama
  3. Kopek bahagian kulit yang sebelah lagi
  4. Selesaikan kopek kulit
  5. Sekarang anda boleh suakan isi pisang ke gigi anda untuk digigit.
-Kalau anda tidak mulakan mematahkan tunggul tukai, sampai bila-bila pun anda tidak akan dapat makan pisang. Tak mungkin anda boleh membaham pisang dengan kulit-kulitnya.
  • Gantungkan senarai kerja, bukan timbunkan.
- Menangguhkan kerja di atas meja anda seperti anda menangguhkan menggosok gigi pada waktu pagi. Lama-kelamaan mulut anda akan penuh dengan tahi gigi=). Orang cemerlang tidak akan menagguhkan kerja. Melaksanakan kerja tepat pada masanya melatih diri untuk lebih berdisiplin. Lawanlan segala godaan nafsu yang sentiasa mengajak manusia kepada kelalaian. Selamat mengelakkan kerja bertangguh!

0 Response to "Jangan tangguhkan kerja=)"

Post a Comment