Indahnya kejadian wanita=)

Saturday, March 27, 2010 5:53 PM by Asmawati Aziz Munir


Ketika umur saya 10 tahun, pernah saya terucap, "susahlah jadi perempuan ni, kena pakai tudunglah, itulah, inilah..", emak pula terdengar, emak cakap saya cantik pakai tudung, terpujuk pula hati mendengar pujian emak. Apabila meningkat remaja, saya tahu tentang kewajipan menutup aurat, saya teringat apa yang pernah emak cakapkan pada saya, itulah sebabnya emak menyuruh saya mengikut apa yang telah diperintahkan oleh Allah. Semakin hari, umur saya semakin meningkat, pengetahuan saya juga semakin bertambah, disebalik kewajipan itu, tersingkap juga keistimewaan wanita, yang selama ini saya kurang mengetahuinya, dan pada saat ini, saya amat bersyukur kerana telah diciptakan sebagai wanita.



Dunia akan kosong tanpa wanita di dalamnya, itu sahaja sudah terungkap bahawa wanita memang istimewa.
Allah S.W.T menciptakan manusia baik lelaki mahupun perempuan atau suami dan isteri masing-masing mempunyai kelebihan dan keutamaannya. Sedangkan keutamaan, kebaikan dan keistimewaan seorang wanita atau isteri yang taat menjalankan perintah Allah adalah sebagai:

  • Kenikmatan Dunia > Sabda Nabi Muhammad SAW: "Dunia adalah tempat kenikmatan dan seindah-indah kenikmatan (kesenangan) adalah wanita solehah."

  • Tiang Negara > Sabda Rasulullah SAW: "Wanita itu tiang negara, apabila dia(wanita) baik, maka baiklah negara itu. Tetapi jika dia rosak, maka rosaklah pula negara itu."

  • Kehormatan dan Kesucian > Sabda Rasulullah SAW: "Tidaklah yang menghormati wanita kecuali orang yang mulia, dan tidaklah yang menghinakan wanita kecuali orang yang hina pula." (Diriwayatkan oleh Ibnu Asakir)- Ini disebabkan wanita menjadi mulia kerana dia mampu menjaga kemuliaan dan kehormatan serta kesucian dirinya.

  • Penghibur dan Penyejuk hati > Firman Allah SWT  yang bermaksud: "Dan di antara tanda-tanda kekuasaanNya ialah, Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya." (Ar Ruum:21)

  • Melahirkan Zuriat dan Mendidik > Firman Allah SWT yang bermaksud: "Allah menjadikan bagi kamu isteri-isteri dari jenis kamu sendiri dan menjadikan dari isteri-isteri itu, anak-anak dan cucu-cucu." (An Nahl:72)

  • Tumpuan Kasih Sayang > Firman Allah SWT yang bermaksud: "Dan dijadikan di antaramu rasa kasih dan sayang."

0 Response to "Indahnya kejadian wanita=)"

Post a Comment