Allah selamatkan saya ketika derita..

Salam persaudaraan buat semua=)
Cerpen ini saya merupakan pengalaman seseorang yang saya ambil dari I LUV ISLAM, sengaja saya kongsikan bersama kalian semua untuk kita jadikan tauladan sepanjang hidup kita. Sesungguhnya Allah sangat-sangat sayangkan kita. Wallahua'lam..


Allah selamatkan saya ketika derita

Duit RM1.00 di telapak tangan, saya genggam kemas. Untuk membeli minuman pun belum tentu lepas. Kebetulan malam itu saya sangat-sangat lapar. Lalu tanpa hala tuju yang jelas, saya singgah sebentar di sebuah surau berdekatan rumah sewa untuk menunaikan solat isyak.


Tahun itu 1998, ketika saya masih bujang. "Apalah yang boleh dibuat dengan duit ini...?" kata hati, sambil tangan terus memasukkan wang itu tadi ke tabung surau. Ya, lebih baik bersedekah dan belajarlah bersabar menahan sengsara.
Cuba-cubalah selami, orang yang tak punya harta, kata naluri kecil. Bayangkanlah perasaan bila menatap wajah si kecil yang sentiasa menanti kepulangan ayah bonda dengan buah tangan, aneka kuih, lauk pauk atau alas perut yang sebenarnya tidak pernah kunjung tiba dan hanya mimpi semata-mata.

Adakah kalian tahu?=)

2:57 PM by Asmawati Aziz Munir 0 comments

Salam ukhuwah buat semua=)
Jin juga makan makan dan minum..
Rasulullah bersabda: "Utusan jin pernah datang kepadaku. Mereka terdiri dari dua kelompok. Alangkah baiknya jin itu. Kemudian mereka meminta bekal kapadaku. Aku pun berdoa kepada Allah bahawa, tidaklah mereka mendapati tulanh dan kotoran binatang melainkan ia adalah mereka." (Riwayat al-Bukhari no.3571)
Setiap tulang yang disebut nama Allah ke atasnya sembelih, maka ia merupakan makanan jin yang beriman. Oleh sebab itu, Rasulullah SAW tidak membenarkan meninggalkan tulang tanpa bacaan basmalah (dengan nama Allah), sebab tulang yang tidak dibacakan basmalah ke atasnya akan menjadi makanan jin kafir.

Makanan Syaitan
Syaitan akan menyertai orang yang makan dan minum tanpa dimulai dengan bismillah atau doa. Allah SWT memerintahkan agar memohon perlindungan kepada-Nya agar tidak diganggu olah syaitan sebagaimana firman-Nya yang bermaksud: "Dan jika engkau dihasut oleh seeuatu hasutan daripada syaitan, maka mintalah perlindungan kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mendengar dan Maha Mengetahui. Sesungguhnya orang yang bertaqwa, apabila mereka disentuh oleh sesuatu imbasan hasutan syaitan, mereka ingat (kepada ajran Allah), maka dengan itu mereka nampak (jalan yang benar)." (Surah al-A'raf 7:200).

Kenapa malu?

Salam kasih sayang buat semua pejuang-pejuang muda..
Apabila saya termenung, kadangkala saya terfikir, mengapa malu? Mengapa malu untuk bertanya? Mengapa malu untuk menuntut ilmu? Virus ini menjadi penyakit kepada pelajar-pelajar kita pada hari ini, khususnya pelajar berbangsa Melayu, waima di IPT juga masih malu dan segan untuk bertanya tentang kemusykilan sesuatu perkara. Kadangkala saya juga malu untuk bertanya sesuatu, tetapi jika kita tidak bertanya, sampai bila kita hendak berada ditakuk yang lama? Bila pula kita hendak mendapatkan maklumat yang sahih?


Maksud Hadith :

Daripada Abi Waaqid Allaithy R.A, sesungguhnya Rasulullah SAW ketika mana Baginda sedang duduk di dalam masjid bersama-sama dengan kumpulan manusia (para sahabatnya dalam majlis ilmu) , tiba-tiba datang tiga orang, lalu dua orang terus menyertai majlis Rasulullah SAW dan seorang lagi pergi begitu sahaja(tanpa menyertai).Lalu kedua-dua orang itu berdiri (dekat halaqah), maka salah seorang daripada kedua itu melihat ada ruang kosong di dalam halaqah ilmu tersebut lalu dia duduk di situ, manakala yang keduanya hanya duduk jauh di belakang mereka dan manakala yang ketiga pula terus memalingkan punggung dan beredar pergi.

Indahnya kejadian wanita=)

5:53 PM by Asmawati Aziz Munir 0 comments


Ketika umur saya 10 tahun, pernah saya terucap, "susahlah jadi perempuan ni, kena pakai tudunglah, itulah, inilah..", emak pula terdengar, emak cakap saya cantik pakai tudung, terpujuk pula hati mendengar pujian emak. Apabila meningkat remaja, saya tahu tentang kewajipan menutup aurat, saya teringat apa yang pernah emak cakapkan pada saya, itulah sebabnya emak menyuruh saya mengikut apa yang telah diperintahkan oleh Allah. Semakin hari, umur saya semakin meningkat, pengetahuan saya juga semakin bertambah, disebalik kewajipan itu, tersingkap juga keistimewaan wanita, yang selama ini saya kurang mengetahuinya, dan pada saat ini, saya amat bersyukur kerana telah diciptakan sebagai wanita.


Jangan tangguhkan kerja=)

3:26 PM by Asmawati Aziz Munir 0 comments
Salam mahabbah buat semua=)
Semalam saya hingga hendak termuntah menyiapkan segala assignment, apa tidaknya saya kumpul semua assignment, dan saya buat dalam masa sehari, itulah padahnya menangguhkan kerja. Sebelum ini saya tidaklah terlalu 'siput' untuk menyelesaikan segala tugasan, tetapi saya sendiri tidak tahu apa yang terjadi kepada saya semester ini. Insya Allah saya tidak akan ulangi lagi, itu tekad saya. Malam tadi saya ada membaca helaian muka surat dalam majalah solusi yang bertajuk 'Bagaimana menangani kerja bertangguh'. Saya ingin kongsikan ilmu ini kepada anda semua, supaya tidak berlaku kejadian seperti saya=)



Kalau Benar Cintakan Allah

Salam sayang buat semua mujahid dan mujahidah yang diredhai Allah, saya ingin berkongsi sedikit ilmu yang mana, kadang kala kita lupa untuk muhasabah tentang diri kita.Insya Allah kita sama-sama menghayati artikel ini dan perbaiki amalan kita.



    Lidah menyebut kalimah Allah, lalu hati merasakan kebesaran dan keagungan-Nya dan tindakan menyusul apabila kita selaraskan segala perbuatan dengan hukum-hakam-Nya. Itulah zikir yang hakiki. Kesannya sepadu. Ia akan memberi ketenangan dan kekuatan.
    Namun apabila Allah dilupakan, umat akan kurang menyebut nama-Nya lagi. Ketika itu hati-hati pun lalai daripada merasakan kebesaran dan keagungan-Nya. Akibatnya hukum-hakam diabaikan dalam tindakan dan perbuatan. Apabila ini terjadi jangan ditangisi jika Allah "lupakan" kita.
    Allah hanya menjadi pembela kepada orang yang bertakwa. Orang yang bertakwa adalah orang yang takut dan banyak mengingati-Nya dengan lidah, hati dan perbuatan. Menjadi seorang Muslim sahaja (bukan Muttaqin), tidak melayakkan kita mendapat jaminan bantuan daripada-Nya. Siapakah kita, Muttaqin atau hanya Muslim?

Wanita..Syurga atau Neraka

Khas untuk muslimah2 USIM yang disayangi..


Wanita..
Mekarmu hanya sedetik
Membahagiakan atau derita..
Menceriakan atau gerhana..
Sinar seri wajahmu bukan pameran,
Boleh ditatap oleh mata-mata,
Tak mengenal dosa, adab, dan susila,
Bicara katamu bukan gemersik lagu.

Gerak tari langkahmu bukan gemalai
Alun manjamu terpingit pelihara,
Hadiah istimewa buat suami tercinta,
Hanya selepas ijabkabul diucap kata.


INFO BERSAMA

  • Haiwan yang paling bahaya di muka bumi ini adalah lalat rumah kerana kegemarannya hinggap pada najis dan menyebarkan penyakit berbahaya kepada manusia dan haiwan lain.
  • Sel otak mempunyai jangka hayat paling panjang, ia hidup selagi tubuh manusia masih bernafas.
  • Apabila kamu mengecam muka seseorang, kamu sedang menggunakan otak sebelah kanan
  • Pada retina mata, terdapat lebih 100 juta sel yang cukup sensitif terhadap cahaya.
  • Jika 80 peratus hati manusia dipindahkan, bahagian yang tinggal masih boleh berfungsi, malahan ia akan membesar ke saiz asal dalam tempoh tertentu

Mencari kebahagiaan hati


Penyakit kronik yang tidak ada doktor atau pakar perubatan tradisional yang dapat menyembuhkan. Ia bukan penyakit yang disebabkan oleh virus, bukan juga sejenis kanser yang memerlukan rawatan rapi bagi menyembuhkannya. Penyakit yang kronik ini dikenali sebagai PENYAKIT HATI, ia juga memerlukan rawatan untuk menyembuhkannya. Cuma bezanya, merawat penyakit hati ini tidak menggunakan ubat-ubatan yang dicipta oleh para saintis. Tidak ada kapsul atau pil yang dapat menyembuhkan penyakit hati ini. Ubat yang paling baik dan mujarab untuk menyembuhkan penyakit hati ini adalah AL-QURAN. Penyakit hati adalah satu kebodohan dan penyembuhnya adalah ilmu yang terdapat di dalam AL-QURAN. KALAMULLAH ini juga menghubungkan  antara hamba yang dhaif dengan AL-KHALIQ. Hanya ibadat, doa dan Al-Quran dapat membentuk peribadi dan 'pengikat' antara kita sebagai hamba dan Allah. Sebuah kalamullah yang suci adalah merupakan anugerah dan kurniaan yang amat bernilai di sisi insan yang dhaif.



Bahagiakan HATIMU

11:11 PM by Asmawati Aziz Munir 0 comments

"Ya Allah, dengan ilmu-Mu yang bila Engkau ketahui bahawa kehidupan lebih baik bagiku. Dan matikanlah aku jika kematian lebih baik bagiku. Aku meminta-Mu supaya jadikan aku selalu takut pada-Mu sama ada ketika aku bersendirian ataupub ketika dalam keramaian. Aku memohon-Mu ucapan yang benar sama ada ketika marah atau tidak. Aku meminta-Mu agar aku dapat berhemah ketika aku kaya atau miskin. Ya Allah, anugerahkanlah kenikmatan yang tiada henti, biji mata yang tiada terputus, dan keredhaan setelah ketetapan. Ya Allah berilah aku kehidupan yang damai setelah mati, kelazatan apabila memandang wajah-Mu, dan kerinduan berjumpa dengan-Mu bukan dalam kesempitan yang membinasakan, dan fitnah yang menyesatkan. Ya Allah, hiasilah aku dengan hiasan iman dan jadikanlah kami sebagai pemberi petunjuk yang mendapatkan petunjuk."